Tuesday 31 May 2011

UDA HOLDINGS – Orang Kata




Panas, panas, panas betul UDA sejak kebelakangan ini. Along ingin berkongsi dengan sahabat pembaca sekelian pasal beberapa cerita yang tak sedap didengar dengan UDA ni. 

Along dimaklumkan oleh sahabat along yang bekerja di UDA, terlalu banyak salah laku oleh sesetngah pegawai-pegawai kanan di UDA. Tetapi Along tidak mahu endahkan kerana sudah menjadi lumrah di mana-mana GLC ada saja pegawainya yang tidak jujur dalam tugas dan amanah yang telah diberi. 

Tapi isu yang Along nak utarakan disini adalah bagus juga untuk memberi respon dari kenyataan Pengerusi  UDA yang baru iaitu YB Datuk Nur Jazlan anak kepada Allahyarham Tan Sri Mohammad Rahmat. Beliau baru setahun jagung di UDA. 

Sahabat Along di UDA itu beritahu tiada siapa pun dalam UDA yang suka Pengerusi baru ini kerana percakapannya yang sangat angkuh. Tak tahulah betul ke Jazlan ni perangai macam tu. Mungkin yang rapat denganya lebih mengenali beliau.

Sahabat Along itu menambah lagi, katanya ada 3 atau 4 staf UDA yang kaki ampu tunjuk suka pura-pura sahaja kepada Pengerusi muda tu. Di belakang, mereka ini sampaikan kepada staf UDA yang lain tentang tingkah laku YB Parlimen Pulai ini. Dia ni salah seorang yang naik dlm politik kerana arwah bapaknya. Orang Pulai seperti tabsub kepada bapaknya. Tapi sekarang dengar khabar ramai tak suka kat dia ni. Orang politik di Parlimen Pulai sahaja yang lebih kenali beliau. Harap beliau boleh bertahan lama dalam politik sepertimana Arwah ayahnya.

Masuk sahaja dalam UDA, Jazlan dikatakan dah mula tunjuk belang. Dia bagai berkuasa penuh. Semuanya dia nak ambil tahu sehingga menyuarat peringkat jawatakuasa bawah pun dia nak pengerusikan yang tidak pernah dibuat oleh Pengerusi2 UDA sebelum ini. Pada Along, itu satu yang bagus kalau seperti apa yang Jazlan maklum diperhimpunan staf UDA minggu pertama beliau masuk mulakan tugas sebagai Pengerusi UDA dengan nyatakan beliau diletakkan di UDA ada mission untuk betulkan UDA. Ye lah agaknya tu.

Pada Along itu kira satu matlamat yang baik dan memang perlu pun sebab UDA sebelum itu nampak sudah gagal mainkan peranan utama penubuhannya iaitu dasar membantu Bumiputera mendapat tempat niaga di bandar-bandar besar dan mampu milik rumah di kawasan bandar. Mungkin mendapatkan rumah di bandar bolehlah UDA dianggap sedikit berjaya setakat ini. Tapi untuk org Melayu ada tempat niaga di bandar, UDA lari dari tugas utamanya. Harapkan Pengerusi baru ini menjayakannya. 

Tapi bila Along dimaklumkan mission utamanya ialah memperhebatkan system  UDA dan perlu peruntukan lebih RM11 juta lebih, Along fikir itu bukan pembaharuan. Itu pembaziran namanya. Lebih memeranjatkan lagi apabila untuk melantik syarikat pembekal sistem itu, Jazlan minta kontrak bagi tujuan itu tidak perlu diadakan tender terbuka atau sebut harga. Malah tidak pun ada 'selective tender'. Dan yang malang bila dapat tahu bahawa ada ayat terpacul 'no question ask' sebab bila ada pegawai menegur kerana hal begini perlu ada tender sebab amountnya besar. 

Alasan Jazlan tidak mahu ditender adalah kerana beliau kata beliau tidak cukup masa untuk tunggu system itu dijalankan jika perlu tender terbuka. Beliau hanya ada dua tahun jika tidak disambung lagi. Beliau katanya mahu lihat sistem itu berjalan sebelum beliau tinggalkan UDA. Tiada pegawai berani betah. Biasalah pegawai2 UDA berani cerita belakang sahaja seperti kawan Along ini juga. Sebab tu pegawai atasan bermaharajalela. Yang hairannya banyak aduan di SPRM terhadap UDA ni tapi tiada satu pun sangkut. Bijak mereka 'cover'. Tak apa lah. Tapi Allah tetap tahu. 

Bagaimana Along diberitahu akhirnya diadakan juga sebut harga oleh 3 syarikat untuk kerja-kerja membekal sistem IT bagi MAPS ( Management Apply Programe System kalau tak silap dengarlah) yang di menangi oleh  Intelligence PC Centre (IPC) dengan harga tawarannya RM7.6 juta. Dua lagi syarikat tawar RM8 juta lebih dan satu lagi syarikat tawarkan RM11 juta lebih. (biasalah sebut harga yang disusun. Hai..! 3 syarikat sahaja yang masuk sebut harga untuk kerja-kerja membekal seperti ini yang bernilai lebih RM7 juta?). Along tertanya juga mengapa tidak ada tender terbuka?

Jadi untuk berlaku adil seperti apa yang Jazlan sarankan pada kenyataannya dalam The Malaysianinsiders 25hb. Mei, bahawa beliau mengalu2kan SPRM masuk melakukan siasatan jika ada perlakukan salah guna kuasa oleh Pegawai UDA seperti dakwaan Ibrahim Ali yang memberi sedikit pandangan terhadap isu yang berkaitan tapak penjara pudu lanjutan dari kenyataan YB Musa Sheihk Fadzil dua hari lalu hasrat UDA nak kerjasama dgn Syarikat dari China itu, Along mintalah pihak SPRM seperti dialu2kan Jazlan, supaya siasat siapa punya syarikat yang dapat projek perbaharui sistem computer bernilai lebih RM7.6 juta lebih itu kerana ada pihak memaklumkan syarikat tersebut kepunyaan seorang pemegang jawatan penting dalam Pemuda Bhgn. Pulai yang Jazlan sendiri Ketua UMNO Bahagan itu. 

Dikatakan sudah diberi lagi kontrak sedikit rendah harganya bagi kerja-kerja  yang sama di divission lain iaitu Pengurusan Sumber Manusia(HR) bernilai RM1.22 juta dan System Berkomputer Untuk Ancasa Hotel di  KL & PD bernilai RM2,646,800.00. Dua-dua kerja itu pun di beri kepada syarikat IPC juga dan mengejutkan ramai staf UDA kerana kontrak asal berjumlah RM7.6 juta difikirkan merangkumi  kerja-kerja  menyeluruh satu UDA. 

Along dapat tahu semasa kononnya membuat pilihan, IPC diberi baik punya sokongan. Dilaporkan kononnya IPC sebuah syarikat berpengalaman. Syarikat berdaya saing dengan modal berbayar RM1 juta. He..he... 1 juta? Betul ke modal berbayar RM1 juta. Ada yang kata RM2 sahaja. Mana yang betul? Mudah saja nak semak pasal modal berbayar ni.

Along pun hairan bila diberitahu sebaik sahaja perjanjian dimenterai bersetuju melantik IPC untuk kerja-kerja bagi 2 division itu bayaran begitu cepat sekali. Katanya sebaik tandatangan 50% UDA dah kena bayar. 

Along juga sangat mengalu-alukan siasatan seperti yang diminta oleh Jazlan tu. Kecewa Jazlan kalau SPRM tak masuk siasat. Dia nak juga bersihkan namanya. Dia pun tak mahulah namanya rosak sebab PRU13 dah dekat. Tak mahulah namanya tercicir disebabkan pendedahan tak berasas. Along keluarkan cerita ini kerana Jazlan juga yang minta SPRM masuk ke UDA. Katanya suruh siasat semuanya agar UDA bersih dari penyelewengan.

Along banyak nak serita lagi pasal UDA ni. Tapi yang ni rasanya dah panjang dah. Mungkin esok lusa kalau rajin Along sambung lagi dengan cerita-cerita yang Along fikirkan perlu juga dikeluarkan supaya pihak UDA boleh nafikan. Bukan apa banyak sangat orang perkatakan pasal UDA ni. Kesian kat Jazlan sebab baru masuk je, orang ramai dah serang UDA. Tak tahulah orang sakit hati kat Jazlan atau tujuan lain. Sepatah kata Jazlan, mereka yang menyerang UDA ada agenda politik. Agenda Politik apa ye?

Mungkin kerana ada pihak terdengar Jazlan bercita-cita nak jadi MB Johor kalau tak dapat gantikan tempat Husni sebagai Menteri Kewangan Kedua. Kalau dua-dua tak dapat, ada yang kata Jazlan nak ambil tempat Pengarah Urusan UDA Holdings. Benar ke Jazlan nak jadi MB Johor? Sungguh ke Jazlan bercita-cita nak ganti tempat Husni sebagai Menteri Kewangan Kedua atau Pengarah Urusan UDA? Tak baiklah kalau tiada langsung terdetik di hati Jazlan mahukan jawatan-jawatan itu. Kita pun dah kurang pemimpin muda. Janganlah bunuh karier politik dia. Mana kita nak cari pemimpin muda seperti Jazlan yang mempunya hati terbuka mendengar kritikan orang dan sanggup berdepan dengan SPRM. Apa lagi sudah mempunyai jiwa global yang menebal.  

Kepada Jazlan, Along harap buat banyak-banyak bersabar. Selagi kita tak buat salah apa nak ditakutkan. Serah kepada yang Maha Esa.

Esok pendedahan lagi. Apa ceritanya?

No comments:

Post a Comment