Wednesday 1 June 2011

UDA Holdings : Orang Kata – (2)

Semakin panas nampaknya isu UDA sehari ke sehari. Pengerusi UDA tu nampaknya pandai betul main kata-kata. Tidak akan pinggirkan Bumiputera atas apa saja tindakan UDA walaupun dalam keadaan sukar sekarang katanya.

Ialah memang semakin sukarlah. Sukarnya dia akan menjawab kepada MOF bagaimana kroni dia dapat projek tambahan membekal sistem IT untuk satu lagi division dalam UDA bernilai RM2.6++ million yang mana sepatutnya perlu mendapat kelulusan MOF kerana pemberian projek itu dilihat seperti ‘Direct nego” (ada ke direct nego zaman Najib?). Ini ada kena mengena apa yang Along ceritakan pada entry tajuk yang sama semalam.

Ada meeting Lembaga Pengarah UDA baru-baru ini, wakil MOF minta projek itu jangan dilulus lagi sebab perlu dapatkan kelulusan MOF. Macamana tu ???  Pecah kepala lah mereka nak pusing apa yang patut nak menjawqab kepada MOF sebab projek itu dah diberi pun dan dah ada agreement. Yang bestnya agreement  tu siap nyatakan sebaik menandatangani agreement, UDA perlu bayar 50% dari jumlah nilai kontrak tu. Dan dah dibayar pun….massaaakkk…!!!

Jawabbbb…siapa nak jawaaabbb…????

Yang atas ni satu hal. Tapi yang akan Along ceritakan lagi ni setelah mendengar aduan kawan Along di ‘dalam’ tu, makin kacau dibuatnya. Apa yang kawan Along ceritakan ni sama macam kes di UDA juga dalam 5 atau 6 tahun lepas. Kesnya nampak macam tak besarlah tapi kalau ada unsur2 yang tak betul, yang kecil pun kira besar juga. Sedeguk beer sama ada sikit atau banyak, tetap berdosa.

Ini kes kata kawan Along tu, berkenaan perlantikan sebuah syarikat kepunyaan seorang jurugambar sahabat pegawai khas kepada orang penting UDA, sebagai Media Konsultan yang memainkan peranan menjaga pihak media kononnya. Tugas apa tu ye?

Tak tahu dah berapa lama dan berapa lama lagi kontrak tu. Tapi apa yang dimaklumkan kepada Along, syarikat itu telah dibayar fees nya sebanyak RM240,000 untuk kerja-kerja 6 bulan. Fuuhh…kira-kira RM40,000 sebulan lah tu..!!

Kerja apa ya sampai dibayar sebanyak itu ? Hairannya, UDA sendiri sudah ada satu unit Koperat Comm. Staf seramai lebih kurang  9 orang. Apa yang 9 orang ni buat? Apa tugas unit Koperat Comm itu? RM40,000 kalau dibahagi kepada 9 orang, sudah hampir RM4,450. Purata untuk UDA bayar gaji kepada 9 orang tu ada ke RM4,450 seorang ? Entahlah…Along nak komen lebih pun tak tahulah.

Cerita seperti ini teringat juga Along kepada kesah 5 atau 6 tahun dulu tu di UDA juga. Masa tu ada sebuah syarikat juga dilantik untuk tugas yang sama. Unit Koperat Comm pun sudah ada masa tu, tapi ditambah beberapa staf baru kononnya nak kan UDA lebih dikenali. Baguslah tu. Tapi dalam pada masa yang sama lantik juga sebuah syarikat Media Konsultan dan dikatakan sahabat kepada pegawai khas Menteri di MECD, menteri kedua terakhir sebelum MECD dibubarkan katanya.

Nama syarikat tu bunyinya macam ‘Vision… Sdn. Bhd’ (macam tu lah bunyinya). Syarikat tu dibayar RM30,000 sebulan. Kecil sedikit dari yang sekarang dapat. Ye lah, sekarang semua barang dah naik. Upah pun dah naik. Tapi yang hairan syarikat tu buat tuntutan kerja-kerja yang telah dibuat selama 7 bulan dari Mac hingga Okt berjumlah RM210,000 walhal syarikat tu ditubuhkan bulan Ogos tahun yang sama. Haaiikk…peliknya..!! Boleh ke macam tu ?? Syarikat belum ditubuhkan diberi kontrak?? Boleh kot !!!

Malaysia Boleh..!!!!!

Tuesday 31 May 2011

UDA HOLDINGS – Perlu Telus


Kerajaan mengarahkan UDA Holdings Bhd. menyediakan satu laporan lengkap mengenai kedudukan sebenar pelaksanaan projek pembangunan tapak bekas Penjara Pudu bernilai RM6.7 bilion yang menimbulkan kontroversi ketika ini. 

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, laporan lengkap projek dikenali Bukit Bintang City Centre (BBCC) itu penting bagi memberi gambaran mengenai proses pelaksanaan projek tersebut yang didakwa meminggirkan syarikat bumiputera. 

Laporan itu, katanya, akan dibawa ke Kabinet untuk dinilai sama ada sistem pemilihan yang digunakan UDA bagi memilih syarikat pelaksana projek itu dibuat mengikut peraturan atau bertentangan dengan dasar sedia ada.

‘‘Saya membaca polemik antara Datuk Musa Sheikh Fadzir (Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang) dan beberapa Yang Berhormat lain mengenai UDA. Jawapan Pengerusi UDA (Datuk Nur Jazlan Mohamed) nampak tidak memuaskan hati. ‘‘Kita akan minta laporan lengkap daripada UDA sendiri untuk memaklumkan kepada kabinet apakah kedudukan sebenarnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bayan Baru di sini hari ini. 

Kemelut pembangunan bekas tapak Penjara Pudu mula hangat apabila pengurusan UDA Holdings Bhd. dikhabarkan berminat untuk melantik sebuah syarikat hartanah terkemuka dari China bagi membangunkan BBCC atas alasan tiada syarikat bumiputera yang layak. 

Bagaimanapun, Nur Jazlan memberi jaminan bahawa langkah tersebut tidak akan menjejaskan syarikat bumiputera kerana bakal wujud situasi menang-menang antara kedua-dua pihak. 

Musa pula dalam reaksinya meminta pengurusan UDA Holdings Bhd. supaya jangan membohongi rakyat kononnya tiada syarikat bumiputera yang layak kerana mendakwa, terdapat lima syarikat bumiputera yang mempunyai keupayaan serta kepakaran untuk membangunkan projek berkenaan. 

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa tender sudah dibuka kepada beberapa syarikat dan ia akan diputuskan oleh pihak UDA dan Kementerian Kewangan. ‘‘Dalam hal ini, kita juga harus bersifat telus lebih-lebih lagi UDA merupakan sebuah agensi kerajaan dan tujuannya adalah membangunkan tanah.

Tapak yang disediakan pula adalah kawasan berharga tinggi yang sepatutnya dibangunkan,” ujarnya.

PKR & IRI (CIA) Mesyuarat Sulit Di Sunway Hotel



AIDCNews – 31/05/11 – “Minggu lepas, 24 Mei, International Republican Institute (IRI) buat mesyuarat dengan PKR di Sunway Hotel (Seberang Jaya).. IRI ini adalah agen CIA untuk menolong parti-parti di luar AS (Amerika Syarikat).
“Dua orang Yahudi daripada Bangkok turun. Kita ada bukti. Saya minta PKR jawab !”, kata Ir Shaik Hussin, di Pentas Pemuda, Kampung Baru Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
AIDCNews, sebelum ini mendedahkan IRI merupakan salah satu daripada empat komponen yang bernaung di bawah NED (National Endowment for Democracy), satu organisasi yang ditaja Yahudi berpengkalan di AS.

21 Mei lalu, bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman, turut mendedahkan sepucuk surat yang ditulis oleh bekas majikannya, Anwar, untuk memohon dana kepada Presiden NED, seorang pengurus dana berbangsa Yahudi bernama Carl Gershman.
Surat bertarikh 18 Jun 2007 yang ditandatangani oleh Anwar Ibrahim menggunakan platform ibu pejabat Anwar di AS iaitu syarikat AIA di 585 Grove Street, Suite 135, Herndon, Virginia, 20170. Klik sini,sini sinisini, dan sini
“Dakwaan Anwar sebagai agen CIA, pengkhianat negara dilihat oleh penyokong pakatan, orang kampung dan rakyat marhain sebagai satu tuduhan yang keterlaluan.
“Namun sanggupkah anda menerima kenyataan dan realiti sebenar sebahagian besar yang jumud telah terpengaruh dengan permainan politik Anwar dan kini sudah tergolong menjadi perkakas CIA dan Yahudi untuk memusnahkan negara ini ?”, kata blogger Pisau. net. Klik di sini dan sini

Pisau.net turut memetik kata-kata penggubal undang-undang NED, Allen Weinstein, yang mengesahkan peranan NED dan komponen-kompenennya adalah sama dengan peranan CIA.
“Apa yang telah dilakukan oleh NED hari ini adalah perkara sama yang pernah dilakukan oleh CIA, 25 tahun dahulu”, kata Allen Weinstein dalam Washington Post, 22 September 1991. Klik di sini
Manakala, Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Malaysia adalah salah seorang panel pemikir NED yang dilantik sejak dari tahun 2007 .
NED khususnya IRI telah terlibat secara langsung membantu karier politik Anwar di Malaysia khususnya dalam PRU 12. Klik sini dan sini.

UDA HOLDINGS – Orang Kata




Panas, panas, panas betul UDA sejak kebelakangan ini. Along ingin berkongsi dengan sahabat pembaca sekelian pasal beberapa cerita yang tak sedap didengar dengan UDA ni. 

Along dimaklumkan oleh sahabat along yang bekerja di UDA, terlalu banyak salah laku oleh sesetngah pegawai-pegawai kanan di UDA. Tetapi Along tidak mahu endahkan kerana sudah menjadi lumrah di mana-mana GLC ada saja pegawainya yang tidak jujur dalam tugas dan amanah yang telah diberi. 

Tapi isu yang Along nak utarakan disini adalah bagus juga untuk memberi respon dari kenyataan Pengerusi  UDA yang baru iaitu YB Datuk Nur Jazlan anak kepada Allahyarham Tan Sri Mohammad Rahmat. Beliau baru setahun jagung di UDA. 

Sahabat Along di UDA itu beritahu tiada siapa pun dalam UDA yang suka Pengerusi baru ini kerana percakapannya yang sangat angkuh. Tak tahulah betul ke Jazlan ni perangai macam tu. Mungkin yang rapat denganya lebih mengenali beliau.

Sahabat Along itu menambah lagi, katanya ada 3 atau 4 staf UDA yang kaki ampu tunjuk suka pura-pura sahaja kepada Pengerusi muda tu. Di belakang, mereka ini sampaikan kepada staf UDA yang lain tentang tingkah laku YB Parlimen Pulai ini. Dia ni salah seorang yang naik dlm politik kerana arwah bapaknya. Orang Pulai seperti tabsub kepada bapaknya. Tapi sekarang dengar khabar ramai tak suka kat dia ni. Orang politik di Parlimen Pulai sahaja yang lebih kenali beliau. Harap beliau boleh bertahan lama dalam politik sepertimana Arwah ayahnya.

Masuk sahaja dalam UDA, Jazlan dikatakan dah mula tunjuk belang. Dia bagai berkuasa penuh. Semuanya dia nak ambil tahu sehingga menyuarat peringkat jawatakuasa bawah pun dia nak pengerusikan yang tidak pernah dibuat oleh Pengerusi2 UDA sebelum ini. Pada Along, itu satu yang bagus kalau seperti apa yang Jazlan maklum diperhimpunan staf UDA minggu pertama beliau masuk mulakan tugas sebagai Pengerusi UDA dengan nyatakan beliau diletakkan di UDA ada mission untuk betulkan UDA. Ye lah agaknya tu.

Pada Along itu kira satu matlamat yang baik dan memang perlu pun sebab UDA sebelum itu nampak sudah gagal mainkan peranan utama penubuhannya iaitu dasar membantu Bumiputera mendapat tempat niaga di bandar-bandar besar dan mampu milik rumah di kawasan bandar. Mungkin mendapatkan rumah di bandar bolehlah UDA dianggap sedikit berjaya setakat ini. Tapi untuk org Melayu ada tempat niaga di bandar, UDA lari dari tugas utamanya. Harapkan Pengerusi baru ini menjayakannya. 

Tapi bila Along dimaklumkan mission utamanya ialah memperhebatkan system  UDA dan perlu peruntukan lebih RM11 juta lebih, Along fikir itu bukan pembaharuan. Itu pembaziran namanya. Lebih memeranjatkan lagi apabila untuk melantik syarikat pembekal sistem itu, Jazlan minta kontrak bagi tujuan itu tidak perlu diadakan tender terbuka atau sebut harga. Malah tidak pun ada 'selective tender'. Dan yang malang bila dapat tahu bahawa ada ayat terpacul 'no question ask' sebab bila ada pegawai menegur kerana hal begini perlu ada tender sebab amountnya besar. 

Alasan Jazlan tidak mahu ditender adalah kerana beliau kata beliau tidak cukup masa untuk tunggu system itu dijalankan jika perlu tender terbuka. Beliau hanya ada dua tahun jika tidak disambung lagi. Beliau katanya mahu lihat sistem itu berjalan sebelum beliau tinggalkan UDA. Tiada pegawai berani betah. Biasalah pegawai2 UDA berani cerita belakang sahaja seperti kawan Along ini juga. Sebab tu pegawai atasan bermaharajalela. Yang hairannya banyak aduan di SPRM terhadap UDA ni tapi tiada satu pun sangkut. Bijak mereka 'cover'. Tak apa lah. Tapi Allah tetap tahu. 

Bagaimana Along diberitahu akhirnya diadakan juga sebut harga oleh 3 syarikat untuk kerja-kerja membekal sistem IT bagi MAPS ( Management Apply Programe System kalau tak silap dengarlah) yang di menangi oleh  Intelligence PC Centre (IPC) dengan harga tawarannya RM7.6 juta. Dua lagi syarikat tawar RM8 juta lebih dan satu lagi syarikat tawarkan RM11 juta lebih. (biasalah sebut harga yang disusun. Hai..! 3 syarikat sahaja yang masuk sebut harga untuk kerja-kerja membekal seperti ini yang bernilai lebih RM7 juta?). Along tertanya juga mengapa tidak ada tender terbuka?

Jadi untuk berlaku adil seperti apa yang Jazlan sarankan pada kenyataannya dalam The Malaysianinsiders 25hb. Mei, bahawa beliau mengalu2kan SPRM masuk melakukan siasatan jika ada perlakukan salah guna kuasa oleh Pegawai UDA seperti dakwaan Ibrahim Ali yang memberi sedikit pandangan terhadap isu yang berkaitan tapak penjara pudu lanjutan dari kenyataan YB Musa Sheihk Fadzil dua hari lalu hasrat UDA nak kerjasama dgn Syarikat dari China itu, Along mintalah pihak SPRM seperti dialu2kan Jazlan, supaya siasat siapa punya syarikat yang dapat projek perbaharui sistem computer bernilai lebih RM7.6 juta lebih itu kerana ada pihak memaklumkan syarikat tersebut kepunyaan seorang pemegang jawatan penting dalam Pemuda Bhgn. Pulai yang Jazlan sendiri Ketua UMNO Bahagan itu. 

Dikatakan sudah diberi lagi kontrak sedikit rendah harganya bagi kerja-kerja  yang sama di divission lain iaitu Pengurusan Sumber Manusia(HR) bernilai RM1.22 juta dan System Berkomputer Untuk Ancasa Hotel di  KL & PD bernilai RM2,646,800.00. Dua-dua kerja itu pun di beri kepada syarikat IPC juga dan mengejutkan ramai staf UDA kerana kontrak asal berjumlah RM7.6 juta difikirkan merangkumi  kerja-kerja  menyeluruh satu UDA. 

Along dapat tahu semasa kononnya membuat pilihan, IPC diberi baik punya sokongan. Dilaporkan kononnya IPC sebuah syarikat berpengalaman. Syarikat berdaya saing dengan modal berbayar RM1 juta. He..he... 1 juta? Betul ke modal berbayar RM1 juta. Ada yang kata RM2 sahaja. Mana yang betul? Mudah saja nak semak pasal modal berbayar ni.

Along pun hairan bila diberitahu sebaik sahaja perjanjian dimenterai bersetuju melantik IPC untuk kerja-kerja bagi 2 division itu bayaran begitu cepat sekali. Katanya sebaik tandatangan 50% UDA dah kena bayar. 

Along juga sangat mengalu-alukan siasatan seperti yang diminta oleh Jazlan tu. Kecewa Jazlan kalau SPRM tak masuk siasat. Dia nak juga bersihkan namanya. Dia pun tak mahulah namanya rosak sebab PRU13 dah dekat. Tak mahulah namanya tercicir disebabkan pendedahan tak berasas. Along keluarkan cerita ini kerana Jazlan juga yang minta SPRM masuk ke UDA. Katanya suruh siasat semuanya agar UDA bersih dari penyelewengan.

Along banyak nak serita lagi pasal UDA ni. Tapi yang ni rasanya dah panjang dah. Mungkin esok lusa kalau rajin Along sambung lagi dengan cerita-cerita yang Along fikirkan perlu juga dikeluarkan supaya pihak UDA boleh nafikan. Bukan apa banyak sangat orang perkatakan pasal UDA ni. Kesian kat Jazlan sebab baru masuk je, orang ramai dah serang UDA. Tak tahulah orang sakit hati kat Jazlan atau tujuan lain. Sepatah kata Jazlan, mereka yang menyerang UDA ada agenda politik. Agenda Politik apa ye?

Mungkin kerana ada pihak terdengar Jazlan bercita-cita nak jadi MB Johor kalau tak dapat gantikan tempat Husni sebagai Menteri Kewangan Kedua. Kalau dua-dua tak dapat, ada yang kata Jazlan nak ambil tempat Pengarah Urusan UDA Holdings. Benar ke Jazlan nak jadi MB Johor? Sungguh ke Jazlan bercita-cita nak ganti tempat Husni sebagai Menteri Kewangan Kedua atau Pengarah Urusan UDA? Tak baiklah kalau tiada langsung terdetik di hati Jazlan mahukan jawatan-jawatan itu. Kita pun dah kurang pemimpin muda. Janganlah bunuh karier politik dia. Mana kita nak cari pemimpin muda seperti Jazlan yang mempunya hati terbuka mendengar kritikan orang dan sanggup berdepan dengan SPRM. Apa lagi sudah mempunyai jiwa global yang menebal.  

Kepada Jazlan, Along harap buat banyak-banyak bersabar. Selagi kita tak buat salah apa nak ditakutkan. Serah kepada yang Maha Esa.

Esok pendedahan lagi. Apa ceritanya?

ARAB DAN MELAYU MENJADI BARUA YAHUDI...


Anwar ada lah boneka amerika dan yahudi, amerika menggunakan anwar dan menyokong dia menjadi perdana menteri dengan alasan untuk menghancurkan orang islam di malaysia. Yahudi akan menawan umat islam yang sudah jadi buih diatas air, orang melayu tak boleh buat apa apa disebabkan bodoh tak mahu membaca. tak mahu berfikir yang hanya pandai mendengar ceramah PAS, DAP, PKR sahaja. melayu mudah percaya apa sahaja ulama dan pemimpim mereka kata,

inilah orang kata..bodoh tak boleh diajar, bah'lul mura'bal, puak puak ini diajar berfikir menggunakan kepala lutut bukan nya dengan kepala otak, 

kepimpinan perdana menteri yg ke 4 iaitu Tun Mahadhir amatlah di geruni oleh Amerika dan Yahudi, Tun Mahadhir telah meletakan Malaysia di atas puncak kegemilangan semasa era pemerintahannya. 

jesteru itu mereka gunakan anwar, mereka jadikan anwar sebagai jambatan untuk  mereka menghancurkan orang islam di malaysia.. tengok apa dah jadi kepada negara negara asia barat, semua nya sudah tumbang dan hancur, 

Osama ben laden sebenarnya adalah agen kepada amerika, amerika menggunakan osama untuk berperang dengan Rusia,  hosni mubarak presiden mesir juga adalah barua kepada amerika, kekayaan dan semua duit hasil minyak di mesir telah depositkan berbillion billion di bank Amerika, rakyat mesir merempat di negara sendiri, saddam Hussein presiden kuwait juga menjadi boneka kepada amerika dan yahudi,
pemimpim palestin iaitu yazeer arafat juga menjadi barua kepada yahudi, Didepan rakyat palestin dan dunia islam dia lah pejuang islam sebenarnya..tapi di belakang dia tunduk dan cium tangan Pope John Paul II.,, seharusnya rakyat palestin sedar bahawa pengkhianat dunia islam seperti yazeer arafat ini lah yang menyebabkan Yahudi Israel menyerang dan membunuh bepuluh ribu rakyatnya sendiri. Yahudi menggunakan yazeer arafat sebagai jambatan untuk menakluk bumi palestin.

rentetan kejatuhan beberapa pemimpin2 dan negara islam semuanya adalah ada kaitan dengan Amerika, mereka bijak menggunakan pemimpin2 arab untuk menakluki negara islam, hanya satu negara islam sahaja yang Amerika takut dan tak boleh kacau iaitu MALAYSIA, tetapi mereka tidak akan berdiam diri kerana mereka sudah ada anwar ibrahim bakal menjadi perdana menteri malaysia, 

kalau kita ingat balik sejarah tahun 1998 iaitu kegawatan ekonomi, malaysia hampir jatuh di tangan amerika kerana ketika itu anwar ibrahim menjadi menteri kewangan, beliau telah mencadangkan supaya menerima bantuan kewangan IMF kononnya untuk menyelamatkan malaysia, 

sebaik baik perancang adalah Allah, maka itu semua tak menjadi, lantas Tun Mahadhir perdana menteri ketika itu entah dari mana datangnya "wahyu" menolak segala cadangan si dajal yang bernama anwar ibrahim, Tun mahadhir dengan di bantu oleh beberapa pakar ekonomi termasuk lah salah seorang nya itu Tan Sri Nor Mohamed Yakcop telah berjaya memulihkan ekonomi dengan cara sendiri, tengoklah betapa hebatnya orang melayu yang bernama Tun mahadhir.

duit note 500 dan 1000 difahamkan anwar telah bawa lari berbillion2 ke amerika, cubalah bayangkan kalu dia menjadi perdana menteri, duit minyak petronas dia akan sapu dulu, pastu dia turunkan harga minyak, nak cover line, rakyat yang bahlul bertepuk tangan bersorak, maka MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI,

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman: "(Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali".
(Surah Al-Baqarah, Ayat 126)

MALAYSIA HANTAR DURIAN SEJUK, CHINA 'HANTAR' AMOI HANGAT!!!


Malaysia telah berjaya mengeksport ISI DURIAN SEJUK ke China. Usaha baik daripada Kementerian Pertanian bakal memberikan pulangan yang positif kepada Malaysia. Mungkin juga penanam-penanam durian di Batu Kurau sudah boleh pasang angan-angan yang durian kampung mereka bakal sampai ke China, dan poket mereka bertambah tebal.

Industri durian sebenarnya kurang diberikan perhatian berat oleh para petani Melayu. Hanya kebelakangan ini sahaja, barulah masing-masing mula memberikan perhatian kepada Raja Buah itu, iaitu pada ketika, masing-masing sudah tidak mempunyai tanah lagi kerana budaya jual tanah dan pindah ke Kuala Lumpur untuk tinggal di rumah teres.

Kementerian Pertanian, khususnya menerusi MARDI mempunyai teknologi penanaman durian yang lebih efisien. Namun berapa ramai daripada penanam-penanam durian Melayu-Bumiputera yang ingin mengambil kesempatan daripada teknologi yang terhasil, berbanding petani-petani komersial Cina?

Apabila Kementerian Pertanian berjaya memperolehi keizinan daripada Kerajaan Cina untuk mengeksport isi durian sejuk, berapa ramai pula penanam-penanam durian Melayu-Bumiputera yang akan menikmati hasil tersebut? Adakah mereka seperti biasa akan nganga kerana tidak mampu untuk berubah seiring dengan iltizam kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup petani dan peladang di Malaysia, khususnya dari kalangan Bumiputera?

Isi durian sejuk adalah salah satu daripada peluang yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia untuk petani dan peladang Bumiputera. Seperti juga manggis, rambutan dan mempelam.... ramai peladang dan petani Bumiputera gagal meraih peluang tersebut kerana mereka masih leka dan tidak peduli dengan teknologi baru. Masing-masing mudah berpuas hati dengan hasil yang diperolehi, sedangkan dunia terus bergerak pantas di sekeliling mereka.

Yang mereka pentingkan adalah politik. Kata mereka, kalau berubah kerajaan, maka berubahlah taraf hidup mereka! Pendapat dangkal yang mereka perolehi daripada anak-anak mereka yang berotak saiz mikro yang lulus periksa pun sekadar cukup-cukup makan!

Tapi tak mengapalah, walaupun tak boleh hantar isi durian sejuk ke China, sekurang-kurangnya amoi-amoi berdaging panas banyak di Malaysia. Pergi sajalah ke SPA atau pusat-pusat refleksologi dan pilih sahajalah amoi-amoi China itu dengan bebas. Kalau tak malu, carilah juga tempat berurut yang terlindung... masa tu, jangankan isi daging panas, apa-apa pun boleh dah!

Barter trade ler katakan!

Gampang Sungguh Strategi Politik Pakatan Selangor



Rakyat Selangor tentunya masih ingat bagaimana Khalid Ibrahim di muka depan Sinar Harian menyatakan agar UMNO jangan berangan untuk menawan semula Selangor dari tangan mereka.  Kenyataan ini dibuat berdasarkan “analisis” sokongan orang Melayu kepada pakatan yang dikatakan meningkat pada PRK-PRK yang lepas.
Suara kesombongan ini juga turut sama dilontarkan oleh si penderhaka merangkap orang luar yang datang cari makan di Selangor, Suhaimi Raja Pasir selaku Ketua Penerangan PKR Selangor.  Alasannya, PRN Sarawak menunjukkan jumlah peningkatan undi Melayu kepada Pakatan.  Dan pada yang sama, dia juga berkata Pakatan Selangor bakal melancarkan program bagi meraih lebih banyak undi pada PRU yang akan datang.
Tidak ketinggalan, Zuraidah Mak Lampir juga sama melolong menyatakan keyakinan yang sama.  Ibarat sudah bersedia menghadapi PRU akan datang dengan kemenangan mudah di Selangor, Pakatan juga mengatakan Putrajaya juga bakal ditawan.  Lagak ayam sabung, berani bersahut turun gelanggang bila-bila masa.
Politik gimik murahan tahap pelacur lorong gelap, itulah selayakkan untuk kita labelkan kepada kenyataan-kenyataan ini.  Ini kerana belumpun ayam habis berkokok, rakyat disuapkan pula dengan kenyataan dari Pakatan yang tidak akan membubarkan DUN Selangor andai PRU diadakan pada pada tahun ini.
Kenyataan ini hadir dari Haniza Talha, Timbalan Speaker DUN.
Hebatnya kenyataan-kenyataan sebelum ini bagai halilintar membelah bumi.  Nada kesombongan dan ketakburan jelas tertonjol keluar dari mulut-mulut busuk yang berbicara seolah-olah rakyat Selangor hanya diam membisu diatas salahlaku dan penyelewengan urustadbir kerajaan negeri yang diketuai oleh Khalid Gagap.  Mgkin mereka merasakan pentadbiran mereka telah berjaya diterima oleh rakyat Selangor, walhal ia adalah sekadar mimpi indah untuk menutup kerakusan dan merendahkan keupayaan rakyat untuk menilai.
Tatkala bangga dan riak mengiringi kenyataan bahawa Selangor bakal disapu bersih termasuklah Tg Karang dan Sg Besar yang menjadi kubu kuat UMNO Selangor malah Putrajaya, tiba-tiba tarian sombong Pakatan dihentikan.  Kenyataan dari Haniza sebenarnya membuka pekung di dada bahawa sesungguhnya mereka tahu bahawa kedudukan mereka ibarat telur dihujung tanduk.  Dan kemenangan mudah yang diwar-warkan oleh mereka adalah perang psikologi semata-mata, yang bertujuan untuk mempengaruhi pengundi atas pagar.
Gentar dan gementar rupanya terlihat di wajah mereka.  Konsistensi dalam kenyataan hancur, sehancur cara mereka mentadbir Selangor.  Andai hari ini kata Anwar itu anugerah tuhan, manakala esok pula berkata anwar itu pandi kutti, anda nilailah apa yang mereka telah buat pada Selangor Darul Ehsan.  Pastinya wang dan asset rakyat Selangor tidak mustahil dibuat seolah-oleh bapak mereka yang punya!
Maka rakyat Selangor amnya sudah melihat “trend” menabur janji manis yang dibuat oleh Pakatan, kerana itulah yang mereka mampu, berjanji dengan air liur dan air mata.  Air mani tak pastilah pulak.  Dan rakyat Selangor juga telah melihat flip flop dari mereka, yang langsung tidak konsisten, sama ada secara cakap mulut atau tindakan.  Ia lebih mudah difahami sebagai CAKAP TAK SERUPA BIKIN!
Benarlah kata sahabat bloger Gerakan Anti PKR, andai berani, bubarkanlah DUN esok, dan kita berentap!
Gampang sungguh strategi politik Pakatan.