Tuesday 31 May 2011

Gampang Sungguh Strategi Politik Pakatan Selangor



Rakyat Selangor tentunya masih ingat bagaimana Khalid Ibrahim di muka depan Sinar Harian menyatakan agar UMNO jangan berangan untuk menawan semula Selangor dari tangan mereka.  Kenyataan ini dibuat berdasarkan “analisis” sokongan orang Melayu kepada pakatan yang dikatakan meningkat pada PRK-PRK yang lepas.
Suara kesombongan ini juga turut sama dilontarkan oleh si penderhaka merangkap orang luar yang datang cari makan di Selangor, Suhaimi Raja Pasir selaku Ketua Penerangan PKR Selangor.  Alasannya, PRN Sarawak menunjukkan jumlah peningkatan undi Melayu kepada Pakatan.  Dan pada yang sama, dia juga berkata Pakatan Selangor bakal melancarkan program bagi meraih lebih banyak undi pada PRU yang akan datang.
Tidak ketinggalan, Zuraidah Mak Lampir juga sama melolong menyatakan keyakinan yang sama.  Ibarat sudah bersedia menghadapi PRU akan datang dengan kemenangan mudah di Selangor, Pakatan juga mengatakan Putrajaya juga bakal ditawan.  Lagak ayam sabung, berani bersahut turun gelanggang bila-bila masa.
Politik gimik murahan tahap pelacur lorong gelap, itulah selayakkan untuk kita labelkan kepada kenyataan-kenyataan ini.  Ini kerana belumpun ayam habis berkokok, rakyat disuapkan pula dengan kenyataan dari Pakatan yang tidak akan membubarkan DUN Selangor andai PRU diadakan pada pada tahun ini.
Kenyataan ini hadir dari Haniza Talha, Timbalan Speaker DUN.
Hebatnya kenyataan-kenyataan sebelum ini bagai halilintar membelah bumi.  Nada kesombongan dan ketakburan jelas tertonjol keluar dari mulut-mulut busuk yang berbicara seolah-olah rakyat Selangor hanya diam membisu diatas salahlaku dan penyelewengan urustadbir kerajaan negeri yang diketuai oleh Khalid Gagap.  Mgkin mereka merasakan pentadbiran mereka telah berjaya diterima oleh rakyat Selangor, walhal ia adalah sekadar mimpi indah untuk menutup kerakusan dan merendahkan keupayaan rakyat untuk menilai.
Tatkala bangga dan riak mengiringi kenyataan bahawa Selangor bakal disapu bersih termasuklah Tg Karang dan Sg Besar yang menjadi kubu kuat UMNO Selangor malah Putrajaya, tiba-tiba tarian sombong Pakatan dihentikan.  Kenyataan dari Haniza sebenarnya membuka pekung di dada bahawa sesungguhnya mereka tahu bahawa kedudukan mereka ibarat telur dihujung tanduk.  Dan kemenangan mudah yang diwar-warkan oleh mereka adalah perang psikologi semata-mata, yang bertujuan untuk mempengaruhi pengundi atas pagar.
Gentar dan gementar rupanya terlihat di wajah mereka.  Konsistensi dalam kenyataan hancur, sehancur cara mereka mentadbir Selangor.  Andai hari ini kata Anwar itu anugerah tuhan, manakala esok pula berkata anwar itu pandi kutti, anda nilailah apa yang mereka telah buat pada Selangor Darul Ehsan.  Pastinya wang dan asset rakyat Selangor tidak mustahil dibuat seolah-oleh bapak mereka yang punya!
Maka rakyat Selangor amnya sudah melihat “trend” menabur janji manis yang dibuat oleh Pakatan, kerana itulah yang mereka mampu, berjanji dengan air liur dan air mata.  Air mani tak pastilah pulak.  Dan rakyat Selangor juga telah melihat flip flop dari mereka, yang langsung tidak konsisten, sama ada secara cakap mulut atau tindakan.  Ia lebih mudah difahami sebagai CAKAP TAK SERUPA BIKIN!
Benarlah kata sahabat bloger Gerakan Anti PKR, andai berani, bubarkanlah DUN esok, dan kita berentap!
Gampang sungguh strategi politik Pakatan.

No comments:

Post a Comment