Tuesday 31 May 2011

Khalid “Bunuh” Melayu Sebagaimana Diarahkan DAP



Pengumuman yang dilakukan oleh Khalid Ibrahim agar lima PBT memberi kerjasama bagi memastikan pengambilalihan kerja-kerja pembersihan awam daripada pihak Alam Flora Sdn Bhd menerusi kenyataan media pada 20 April 2011 lalu, sebenarnya mempunyai banyak muslihat yang didalangi oleh DAP.
Seperti yang diketahui, DAP merupakan kuasa utama di Selangor. Manakala PKR pula adalah budak suruhan DAP yang sebenarnya langsung tidak mempunyai sebarang kuasa. PAS yang konon-kononnya berkongsi kuasa dengan DAP-PKR pula, sekadar pelengkap yang kalau tidak ada pun, tidak jadi sebarang kudis kepada DAP-PKR.
Isu kebersihan merupakan isu yang cukup penting di Selangor. Lima PBT yang diarahkan agar ‘bekerjasama’ dengan arahan Menteri Besar pula merupakan antara PBT yang paling ‘kaya’ di Selangor dan Malaysia.
Kontrak pembersihan diperuntukkan kepada kontraktor Kelas F. Dan umum mengetahui, Kelas F bermaksud Bumiputera keseluruhannya.
37 orang kontraktor bumiputera yang memberikan khidmat kepada MPAJ bakal berhadapan dengan kehilangan mata pencarian, cuba dilabelkan sebagai kontraktor-kontraktor UMNO. Sekaligus memanjangkan alasan yang diberikan oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang untuk menghapuskan semua kontraktor Melayu-Bumiputera. Pada masa yang sama, diuar-uarkan pula bahawa kontraktor Bumiputera yang baru dilantik telah menguasai keseluruhan kontrak kerajaan.
Pendedahan dalam prosiding Siasatan Suruhanjaya Diraja berkaitan kematian Teoh Beng Hock, menjelaskan apa yang sedang dilakukan oleh DAP. DAP telah menyalahgunakan lesen-lesen serta permit-permit Bumiputera untuk kepentingan parti mereka. Hal tersebut diperakui oleh DAP sendiri dalam prosiding berkenaan. (BACA DI SINI)
Itulah juga yang dilakukan dalam kes penamatan kontrak oleh PBT. MPAJ yang dikuasai oleh para cukong dan pengamal rasuah tegar selain penyalahgunaan kuasa, melihat peluang menamatkan kontrak 37 orang kontraktor yang terdiri daripada 22 kontraktor PAS dan PKR, selain 15 kontraktor yang menyambung tugas dari zaman UMNO-BN mentadbir Selangor. Dan di dalam 15 kontraktor tersebut, hanya beberapa orang kontraktor sahaja yang dikenalpasti sebagai ahli UMNO, manakala selebihnya adalah ahli PAS dan PKR.
Memandangkan kontraktor bukan Bumiputera tidak boleh mengambil kerja-kerja pembersihan, maka sesuatu yang perlu dilakukan ialah menamatkan perkhidmatan kontraktor-kontraktor sedia dan melantik kontraktor-kontraktor baru. Malangnya kontraktor-kontraktor baru tidak mempunyai modal, keupayaan, jentera dan tenaga kerja. Namun, ia bukanlah perkara besar kepada MPAJ.
Seperti yang dilakukan dan didedahkan ketika prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja tentang kematian Teoh Beng Hock, DAP akan mencari permit-permit serta lesen-lesen kontraktor Bumiputera yang masih bersikap kerja mudah dan kaya cepat, kemudian dengan menggunakan lesen-lesen serta permit-permit Melayu tidak sedar diri itu, segala kerja diperolehi oleh sebuah syarikat yang menjadi dalang utama. Melayu-Melayu bangang yang merupakan penyokong utama Pakatan Rakyat, akan menerima 5% keuntungan tanpa perlu mengeluarkan modal dan perlu mengambil tahu tentang kerja.
Dengan kaedah itu, DAP pun meuar-uarkan bahawa mereka tidak pernah mengenepikan syarikat-syarikat kontraktor Bumiputera. Cuma yang tidak diberitahu oleh DAP ialah, mereka tidak mengenepikan syarikat-syarikat kontraktor Bumiputera yang langsung tidak boleh bekerja, tetapi menghapuskan dan membunuh syarikat-syarikat Bumiputera yang dilihat terlalu kuat untuk syarikat-syarikat Cina kalahkan.
5 PBT yang diarahkan oleh Khalid Ibrahim agar menamatkan kerja Alam Flora Sdn Bhd, sebenarnya ialah membunuh kontraktor-kontraktor Melayu yang bekerja di bawah AFSB. Kelima-lima PBT tersebut merupakan PBT-PBT yang paling kaya dan mempunyai perolehan tertinggi.
Alasan Khalid Ibrahim kononnya, kerja-kerja AFSB akan diambilalih oleh kerajaan negeri sebenarnya hanyalah pembohongan semata-mata. Kerajaan negeri sebenarnya perlu membunuh kontraktor Melayu bagi memberi laluan kepada kontraktor Cina. Kaedah ini telah lama digunakan terutama dalam jualan kawasan kediaman dalam membanyakkan penguasaan kaum Cina seperti yang berlaku di Perak.
Dalang besar yang ingin mendapatkan kesemua projek pembersihan di 5 buah PBT tersebut dikenali sebagai Mr.Mok, manakala syarikatnya pula menggunakan nama MUHIBBAH. Mr.Mok adalah antara pembiaya utama PKR. Bagaimanapun, Mr. Mok adalah seorang penyokong dan ahli DAP yang sangat aktif.
Ternyata, keinginan DAP untuk menguasai keseluruhan Malaysia dan menjajah setiap perkara, begitu tinggi. Lebih memberangsangkan lagi ialah apabila DAP dibantu oleh Melayu-Melayu seperti Khalid Ibrahim dan PKR Selangor yang sangat takut kehilangan kuasa tetapi tidak takut kehilangan segala-galanya.
Mungkin kerana Khalid Ibrahim dan kebanyakan pemimpin PKR sudah kaya raya selepas merompak, mencuri dan menyamun ketika masih jadi UMNO dahulu, justeru mereka tidak peduli pun apa yang berlaku kepada nasib anak bangsa yang terus dipermain-mainkan oleh DAP!

No comments:

Post a Comment