Tuesday 31 May 2011

AMK: Bukan Takut, Kami Disabotaj PERKASA Dan UMNO!!



AMK penakut!
Itulah jawapan terbaik atas tindakan mereka “menunda” protes terhadap Utusan Malaysia yang dijadualkan petang tadi, jam 2.30 petang.
Jawapan tindakan “menunda” protes tersebut berikutan mahu memberi tumpuan kepada perhimpunan aman Anti-Lynas anjuran PAS di hadapan Kedutaan Australia.  Selain itu, mereka juga mempertikaikan tindakan PERKASA dan Pemuda UMNO yang memilih tarikh yang sama untuk berhimpun.
Inilah bukti yang nyata bahawa AMK (PKR) tidak mampu berdiri diatas kaki sendiri yang terpaksa menumpang “kekuatan” PAS dalam meraih populariti politik mereka.  PAS pula berkali-kali tidak sedar bahawa mereka hanyalah sekadar “alat” politik yang digunakan oleh PKR.
Ternyata, amat melucukan apabila AMK sendiri telah menyahut cabaran untuk tetap turun dan tidak takut untuk berdepan dengan PERKASA dan Pemuda UMNO.  Hakikatnya, angkatan pimpinan Sam Ketot tidak langsung kelihatan di hadapan Pejabat Utusan Malaysia.  Mungkin Sam Ketot tidak mahu tragedi terkencing di dalam seluar berlaku sekali lagi!
Sikap bacul AMK ini diwarisi dari Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim.  Sekadar berdegar-degar dalam berkata-kata, namun tindakan ibarat indah khabar dari rupa.  Tipikal PKR, kebaculan mereka ini, akhirnya UMNO juga yang dipersalahkan.
Tidak sukar untuk menduga permainan politik PKR, yang suka menyalahkan pihak lain, walaupun Anwar meliwat Saiful, UMNO jua yang bersalah!

No comments:

Post a Comment