Tuesday 31 May 2011

NUR JAZLAN PERLU JAWAB ISU UDA HOLDINGS DAN BBCC


Nampaknya Pengerusi UDA Holding, Nur Jazlan Mohammad Rahmat terus 'mendiamkan diri' apabila diminta mendedahkan tentang 11 syarikat kontraktor Bumiputera yang berminat untuk melabur dalam projek Bukit Bintang City Centre yang terletak di atas tapak Penjara Pudu. UDA dikatakan TIDAK BERMINAT dengan syarikat-syarikat Bumiputera berkenaan, sebaliknya memilih sebuah syarikat dari China bagi memajukan projek berkenaan dengan alasan SYARIKAT BUMIPUTERA TIDAK LAYAK!

UDA yang ditubuhkan pada 12 November 1971, seharusnya membangunkan ekonomi Bumiputera terutama dalam bidang hartanah di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, pengurusan UDA yang berubah turut mengubah haluan syarikat milik kerajaan itu.

Setelah didesak dan TEMBELANG SUDAH PECAH, Nur Jazlan cuba memberikan beberapa alasan yang difikirkannya wajar bagi menghalalkan perbuatan UDA Holdings mengenepikan syarikat Bumiputera termasuklah memberitahu bahawa 'BELUM ADA MANA-MANA SYARIKAT' yang dianugerahkan projek bernilai RM7 bilion itu.

Timbalan Perdana Menteri telah pun campurtangan dan mengarahkan agar laporan dihantar oleh UDA Holdings berkenaan projek berkenaan kepada kabinet untuk diteliti. Dan seperti biasa, Muhyiddin berkata, kerajaan akan mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut tersebut sambil memastikan syarikat-syarikat Bumiputera telah diberikan peluang seluas-luasnya dalam projek berkenaan.

Kesimpulan mudah ialah... KALAU UDA HOLDINGS sudah tidak mampu lagi untuk memastikan syarikat Bumiputera memperolehi kek ekonomi berdasarkan keputusan mewujudkan entiti berkenaan, lebih baik UDA HOLDINGS dibubarkan.

Atau jikalau Nur Jazlan serta pengurusan tertinggi UDA HOLDINGS sudah tidak mampu memikirkan kaedah terbaik untuk mendahulukan syarikat atau kepentingan Bumiputera, lebih baik letak jawatan. Sebabnya, kebanyakan yang dilantik menduduki jawatan tertinggi dalam UDA Holdings adalah atas nama UMNO!!!

Jangan masa nak jawatan, cakap tentang kepentingan Bumiputera tetapi bila telah diletakkan pada kedudukan atas sokongan UMNO, maka lain pula yang diucapkan! Ini bukan zaman HVD dan Wayang Tinggi jadi taukeh besar RTM!!!

Kalau sudah atas nama UMNO pun, lebih memberatkan orang luar, jadah apa duduk dalam UMNO lagi? Pergi sajalah menyeberang masuk PKR atau DAP! Kan itu lebih mudah!!!!

No comments:

Post a Comment