Tuesday 31 May 2011

MALAYSIA HANTAR DURIAN SEJUK, CHINA 'HANTAR' AMOI HANGAT!!!


Malaysia telah berjaya mengeksport ISI DURIAN SEJUK ke China. Usaha baik daripada Kementerian Pertanian bakal memberikan pulangan yang positif kepada Malaysia. Mungkin juga penanam-penanam durian di Batu Kurau sudah boleh pasang angan-angan yang durian kampung mereka bakal sampai ke China, dan poket mereka bertambah tebal.

Industri durian sebenarnya kurang diberikan perhatian berat oleh para petani Melayu. Hanya kebelakangan ini sahaja, barulah masing-masing mula memberikan perhatian kepada Raja Buah itu, iaitu pada ketika, masing-masing sudah tidak mempunyai tanah lagi kerana budaya jual tanah dan pindah ke Kuala Lumpur untuk tinggal di rumah teres.

Kementerian Pertanian, khususnya menerusi MARDI mempunyai teknologi penanaman durian yang lebih efisien. Namun berapa ramai daripada penanam-penanam durian Melayu-Bumiputera yang ingin mengambil kesempatan daripada teknologi yang terhasil, berbanding petani-petani komersial Cina?

Apabila Kementerian Pertanian berjaya memperolehi keizinan daripada Kerajaan Cina untuk mengeksport isi durian sejuk, berapa ramai pula penanam-penanam durian Melayu-Bumiputera yang akan menikmati hasil tersebut? Adakah mereka seperti biasa akan nganga kerana tidak mampu untuk berubah seiring dengan iltizam kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup petani dan peladang di Malaysia, khususnya dari kalangan Bumiputera?

Isi durian sejuk adalah salah satu daripada peluang yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia untuk petani dan peladang Bumiputera. Seperti juga manggis, rambutan dan mempelam.... ramai peladang dan petani Bumiputera gagal meraih peluang tersebut kerana mereka masih leka dan tidak peduli dengan teknologi baru. Masing-masing mudah berpuas hati dengan hasil yang diperolehi, sedangkan dunia terus bergerak pantas di sekeliling mereka.

Yang mereka pentingkan adalah politik. Kata mereka, kalau berubah kerajaan, maka berubahlah taraf hidup mereka! Pendapat dangkal yang mereka perolehi daripada anak-anak mereka yang berotak saiz mikro yang lulus periksa pun sekadar cukup-cukup makan!

Tapi tak mengapalah, walaupun tak boleh hantar isi durian sejuk ke China, sekurang-kurangnya amoi-amoi berdaging panas banyak di Malaysia. Pergi sajalah ke SPA atau pusat-pusat refleksologi dan pilih sahajalah amoi-amoi China itu dengan bebas. Kalau tak malu, carilah juga tempat berurut yang terlindung... masa tu, jangankan isi daging panas, apa-apa pun boleh dah!

Barter trade ler katakan!

No comments:

Post a Comment