Semakin panas nampaknya isu UDA sehari ke sehari. Pengerusi UDA tu nampaknya pandai betul main kata-kata. Tidak akan pinggirkan Bumiputera atas apa saja tindakan UDA walaupun dalam keadaan sukar sekarang katanya.
Ialah memang semakin sukarlah. Sukarnya dia akan menjawab kepada MOF bagaimana kroni dia dapat projek tambahan membekal sistem IT untuk satu lagi division dalam UDA bernilai RM2.6++ million yang mana sepatutnya perlu mendapat kelulusan MOF kerana pemberian projek itu dilihat seperti ‘Direct nego” (ada ke direct nego zaman Najib?). Ini ada kena mengena apa yang Along ceritakan pada entry tajuk yang sama semalam.
Ada meeting Lembaga Pengarah UDA baru-baru ini, wakil MOF minta projek itu jangan dilulus lagi sebab perlu dapatkan kelulusan MOF. Macamana tu ??? Pecah kepala lah mereka nak pusing apa yang patut nak menjawqab kepada MOF sebab projek itu dah diberi pun dan dah ada agreement. Yang bestnya agreement tu siap nyatakan sebaik menandatangani agreement, UDA perlu bayar 50% dari jumlah nilai kontrak tu. Dan dah dibayar pun….massaaakkk…!!!
Jawabbbb…siapa nak jawaaabbb…????
Yang atas ni satu hal. Tapi yang akan Along ceritakan lagi ni setelah mendengar aduan kawan Along di ‘dalam’ tu, makin kacau dibuatnya. Apa yang kawan Along ceritakan ni sama macam kes di UDA juga dalam 5 atau 6 tahun lepas. Kesnya nampak macam tak besarlah tapi kalau ada unsur2 yang tak betul, yang kecil pun kira besar juga. Sedeguk beer sama ada sikit atau banyak, tetap berdosa.
Ini kes kata kawan Along tu, berkenaan perlantikan sebuah syarikat kepunyaan seorang jurugambar sahabat pegawai khas kepada orang penting UDA, sebagai Media Konsultan yang memainkan peranan menjaga pihak media kononnya. Tugas apa tu ye?
Tak tahu dah berapa lama dan berapa lama lagi kontrak tu. Tapi apa yang dimaklumkan kepada Along, syarikat itu telah dibayar fees nya sebanyak RM240,000 untuk kerja-kerja 6 bulan. Fuuhh…kira-kira RM40,000 sebulan lah tu..!!
Kerja apa ya sampai dibayar sebanyak itu ? Hairannya, UDA sendiri sudah ada satu unit Koperat Comm. Staf seramai lebih kurang 9 orang. Apa yang 9 orang ni buat? Apa tugas unit Koperat Comm itu? RM40,000 kalau dibahagi kepada 9 orang, sudah hampir RM4,450. Purata untuk UDA bayar gaji kepada 9 orang tu ada ke RM4,450 seorang ? Entahlah…Along nak komen lebih pun tak tahulah.
Cerita seperti ini teringat juga Along kepada kesah 5 atau 6 tahun dulu tu di UDA juga. Masa tu ada sebuah syarikat juga dilantik untuk tugas yang sama. Unit Koperat Comm pun sudah ada masa tu, tapi ditambah beberapa staf baru kononnya nak kan UDA lebih dikenali. Baguslah tu. Tapi dalam pada masa yang sama lantik juga sebuah syarikat Media Konsultan dan dikatakan sahabat kepada pegawai khas Menteri di MECD, menteri kedua terakhir sebelum MECD dibubarkan katanya.
Nama syarikat tu bunyinya macam ‘Vision… Sdn. Bhd’ (macam tu lah bunyinya). Syarikat tu dibayar RM30,000 sebulan. Kecil sedikit dari yang sekarang dapat. Ye lah, sekarang semua barang dah naik. Upah pun dah naik. Tapi yang hairan syarikat tu buat tuntutan kerja-kerja yang telah dibuat selama 7 bulan dari Mac hingga Okt berjumlah RM210,000 walhal syarikat tu ditubuhkan bulan Ogos tahun yang sama. Haaiikk…peliknya..!! Boleh ke macam tu ?? Syarikat belum ditubuhkan diberi kontrak?? Boleh kot !!!
Malaysia Boleh..!!!!!
semakin parah UDA di bawah Nurjazlan...
ReplyDelete